BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Sunday, December 11, 2011

FC Basel 2-1 Manchester United: Selamat Datang Ke Europa League

Secara rasminya Manchester United terkeluar daripada Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas kepada FC Basel..

Sebelum perlawanan ini. FC Basel turun tanpa tonggak tengah mereka, Benjamin Huggel, so Adilson Tavares Varela ataupun lebih dikenali sebagai Cabral menggantikan Huggel...United memulakan perlawanan dengan Wayne Rooney sebagai penyerang tunggal, Park Ji-Sung sebagai pemain No. 10, Nani dan Young sebagai winger dan Jones dan Giggs sebagai midfield tengah..



Penguasaan United

Walaupun bermula tanpa seorang pun pemain tengah sejati, United mengawal permainan dengan Park Ji-Sung lebih turun ke bawah untuk mendapatkan bola daripada Jones ataupun Giggs..Ini menyebabkan Rooney keseorangan di kawasan serangan tetapi United mempunyai lebih kawalan di bahagian midfield. Jones kekal sebagai pemain tengah defensif dan United mempunyai 60% penguasaan bola pada 45 minit pertama game ni..

Attacking  Basel VS Defensive United

Pada permulaan separuh masa kedua, FC Basel mula menyerang dan akhirnya menjaringkan gol..FC Basel lebih kepada mengawal permainan berbanding melakukan counter-atack jika berpeluang..CareTaker FC Basel bagi game ini, Heiko Vogel mengarahkan dua pemain sayapnya Xherdan Shaqiri dan Fabian Frei untuk lebih ke tengah dan saling bertukar posisi..Mereka lebih ke tengah untuk membantu Basel mengawal bola.Shaqiri juga pada satu masa melakukan larian daripada posisi sayap kanan ke sayap kiri. Ini bermakna kedua-dua pemain sayap Basel berada pada tempat yang sama dan Basel dapat melakukan serangan yang menjadi..

Kecederaan Nemanja Vidic

United kehilangan Nemanja Vidic kerana kecederaan lutut selepas pertahanan United tersebut berebut bola dengan Marco Strellar dan Strellar jtuh diatas lutut beliau.. Sir Alex Ferguson mengesahkan Vidic akan berehat sehingga akhir musim kerana kecederaan Anterior Cruciate Ligament.. Jonathan Evans menggantikan beliau tetapi pertahanan United tetap lemah lebih2 lagi Evans tidak dapat mengatasi hold-up play Marco Strellar.

United attack VS Defensive Basel

Phil Jones masih tidak selesa dengan peranannya sebagai pemain midfield..Jones x ckup kreatif dan tidak menggerakkan bola dengan cepat..Bagaimanapun Ryan Giggs bermain dengan agak baik pada perlawanan tersebut..pemain Basel tidak ada yang menekan Giggs, oleh itu beliau boleh mengawal bola dan melakukan hantaran bola dengan baik..Ini boleh dibuktikan dengan diagram di bawah



Kelemahan Serangan United

Kelemahan serangan United boleh di rumuskan dalam 3 perkara:

  1. United tiada pemain yang bertindak sebagai Target Man. Basel bertahan dengan baik tetapi dengan adanya target man, United boleh challenge dalam bola tanduk dan juga boleh 'menarik' keluar defend Basel yang bertahan.
  2. United tiada pemain full-back yang bagus..Smalling sanggup berlari naik dan turun tetapi dia bukanlah pemain full-back sejati..Evra pula melalui tempoh permainan yang teruk pada malam tersebut



 3. United tiada deep-lying playmaker. Posisi ini merupakan salah satu posisi wajib bagi bola sepak moden. Jones merupakan tackler, bukannya passer.


sumber: FourFourTwo
             Man Utd Website
             Zonal Marking


















0 comments: